Merdeka!
Pagi itu Milah merenung jauh
keseorangan,cuaca sejuk pada pagi itu mengamit Milah tidak menyambung tidurnya
selepas menunaikan solat subuh. Masih
dia ingat lagi,10 tahun dahulu.Sewaktu Tanah Melayu belum merdeka.Memori itu
tidak mungkin Milah dapat melupakannya.
“Mak,sampai bilakah mereka ingin menindas
kita.Bukankah ini Negara kita?Kita harus berbuat sesuatu.” rungut Milah.
“Sabarlah nak,janganlah kamu risau.Mak
yakin pemimpin kita tahu apa yang mereka patut lakukan.” mak menjelaskan kepada
Milah antara pasti dan tidak.
Milah yang ketika itu berumur 17
tahun memprotes.Baginya tiada apa yang penting melainkan mendapat kebebasan
daripada terus dikongkong oleh Inggeris.
Bunyi orang memberi salam dijawab
mak yang berada di ruang tamu.Milah hanya termenung sambil tangannya membelai
kucing kesayangannya,Montel.
Mak terus masuk ke bilik setelah
Pak Samad,ketua kampung yang paling dihormati penduduk itu pulang.
Milah lantas bertanya kepada mak.
“Mak,apa halnya Pak Samad datang tadi?” kata Milah sambil menjenguk dimuka
pintu.
Mak tidak terus menjawab.Dia asyik
melipat kain.Milah tidak sabar lalu bertanya lagi,seperti mendesak.
“Ish kamu ni.Pak Samad beritahu minggu
depan ada mesyuarat “
“Mesyuarat apa?”
“Mesyuarat bersama wakil rakyat
dan lain-lain,kamu mahu ikut sekali?”
Milah berfikir sejenak.
“Milah mahu ikut!”putus Milah akhirnya.
Suasana dewan hari itu sungguh
hangat,Milah melihat ramai orang yang hadir termasuk ketua kampung dan beberapa
orang yang dikenalinya.Mak duduk dikerusi yang disediakan.Sebagai isteri kepada
wakil UMNO,mak tidak pernah terlepas dari menghadiri apa-apa majlis atau
perhimpunan.Walaupun ayah sudah meninggal,mak masih ingat amanat ayah supaya
mengambil tahu akan hal politik.Dato’ Onn Jaafar selaku presiden UMNO membuat
ucapan dan ulasan beliau tentang hasrat menuntut kemerdekaan.Milah kagum dan
semangatnya berkobar-kobar.
“Mak,mahukah Inggeris memberi kemerdekaan
kepada Negara kita?”tanya Milah semasa perjalanan pulang ke rumah.
“ InsyaAllah,segala usaha murni
pemimpin-pemimpin kita pasti tercapai.Bersabarlah dan banyakkan berdoa.”jawab
mak.
Sekian lama tiada khabar
berita,Milah keluar ke pekan membeli surat
khabar.Pesanan mak agar berhati-hati tersemat dalam hatinya.Milah sampai di
pekan dengan selamatnya.
Setibanya Milah di kedai,terus dia
mendapatkan akhbar Warta Malaya.Milah membaca sejenak.Lalu terus berlari pulang
dan memberitahu maknya tentang berita gembira yang dibacanya,
“Assalamualaikum,mak!!”
“Wa’alaikumussalam..kamu
kenapa Milah?termengah-mengah ni.”
“Lihat ni mak.Keputusan British
memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu telah dipersetujui oleh Ratu Elizabeth ii dan
pemasyhuran tarikh kemerdekaan akan dibuat pada tanggal 21 Febuari 1956”,baca
Milah.
“Alhamdulillah”,mak berkata tenang.
Sedangkan Milah masih
terlompat-lompat keriangan.
“Minggu hadapan mak”,jawab Milah riang.
Pemasyhuran tarikh kemerdekaan
melambangkan kejayaan negara dalam mendapatkan kebebasan.Perarakan konvoi
bermotosikal mengiringi Pemimpin-pemimpin di Bandar Hilir,Melaka.Tunku Abdul
Rahman dan Datuk Panglima Bukit Gantang antara yang memberi ucapan pada hari
itu.Akhirnya persetujuan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu diputuskan pada tarikh
31 Ogos.Milah semakin gembira dan bersyukur.Milah seperti tidak senang
duduk.Dia tidak sabar untuk bersama-sama menunggu hari bersejarah tersebut.
“Mak,cepat mak.Nanti terlewat” gesa
Milah.
“Iya,iya.Tak lari gunung dikejar Milah
oi”jawab Mak.
“Bukan pasal lari atau tak mak.Milah tak
mahu terlepas menyaksikan hari kemerdekaan buat pertama kalinya.Bukankah hari
ini hari dalam sejarah?”seloroh Milah.
Sampai di Stadium Merdeka,tempat
berlangsungnya detik bersejarah bagi seluruh rakyat Tanah Melayu membuatkan
Milah semakin teruja.Orang ramai berpusu-pusu hadir,Milah berhimpit-himpit
ingin mendapatkan pemandangan yang paling jelas.Meskipun berasak-asak Milah
akhirnya berjaya mendapat tempat yang paling hadapan.
“Ramainya orang,” keluh Milah.
Hujan pada pagi itu menyebabkan
Raja-raja Melayu,Duke bersama isterinya serta Pesuruhjaya Tinggi hadir lewat 1
jam.Milah masih sabar menunggu.Tidak lama selepas itu Tunku Abdul Rahman selaku
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu dengan segak menerima ketibaan Duke of
Gloucester yang diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British iaitu Sir Donald
McGillivray.Yang dipertuan Agong duduk ditengah-tengah,disebelah kanannya Tunku
manakala Duke sebelah kirinya.
Orang ramai diam ketika menyaksikan
Duke menyerahkan Instrumen Kemerdekaan.Tunku kemudian membacakan pengistiharaan
Kemerdekaan.Berderau darah Milah apabila laungan Merdeka! diulang 7 kali
disambut orang ramai.Mak disebelah tidak dapat menahan rasa terharunya
menitiskan air mata.Milah dengan rasa bangga berdiri sambil menyanyikan lagu
Negaraku dengan penuh semangat.Hari itu merupakan hari yang paaling bermakna
buat seluruh masyarakat Tanah Melayu yang kini menjadi negara yang merdeka dan
demokratik.
“Nenek,awalnya bangun?Nenek termenungkan
apa?” suara Siti cucu Milah bertanya.
“Eh Siti,nenek teringat masa nenek dengan moyang kamu dahulu menyambut
merdeka.Syukur alhamdulillah sekarang negara kita masih merdeka dan aman.”
Jawab Milah.
“Oh,betul tu nek.Semuanya atas jasa
pemimpin kita yang dulu.”
“Siti bila nak pergi sekolah?Hari ini
kata ada sambutan hari merdeka di sekolah?
“Ya,Siti nak pergi dah ni.Siti pergi
dululah nek.” kata Siti sambil mencium tangan Milah.
“Hati-hati.” Pesan Milah.
Nor Dyana Shafinaz Binti Othman
5 Sejahtera
No comments:
Post a Comment