"Awak pakai apa eh muka awak flawless"
Tak pakai apa-apa.
"Alangkah indahnya jika berpeluang masuk majalah menjadi model fesyen terkini"
Ya,tapi bukankah semua orang akan lihat nanti.Kau bangga?
"Aku juga ingin pakai selendang lilit-lilit macam dia,make up macam dia bila keluar.Baru hijabista!"
Bukankah nanti kau akan pergi solat.Bukankah nanti make up itu akan kau padam dan cuci.
"Ambilkan gambar aku weh,nak post kat instagram"
Sebetulnya kau ingin buktikan apa.
Wahai jelita,jangan banggakan wajahmu.Ia hanya tetamu yang akan bertandang untuk beberapa hari sahaja.
Kerna pelangi itu wujud untuk seketika.
Kau cemburu lihat orang cantik,kau sedar kau juga cantik.Tapi kau bukan dia,perlu canang sana sini gambar orang tatap.Kau fikir dalam,perlu?
Kejelitaan wanita,gema dihutan.