Wednesday, 16 January 2013

Third Place,2010 Cerpen Bulan Kemerderkaan.



Merdeka!
Pagi itu Milah merenung jauh keseorangan,cuaca sejuk pada pagi itu mengamit Milah tidak menyambung tidurnya selepas menunaikan solat  subuh. Masih dia ingat lagi,10 tahun dahulu.Sewaktu Tanah Melayu belum merdeka.Memori itu tidak mungkin Milah dapat melupakannya.
      “Mak,sampai bilakah mereka ingin menindas kita.Bukankah ini Negara kita?Kita harus berbuat sesuatu.” rungut Milah.
      “Sabarlah nak,janganlah kamu risau.Mak yakin pemimpin kita tahu apa yang mereka patut lakukan.” mak menjelaskan kepada Milah antara pasti dan tidak.
Milah yang ketika itu berumur 17 tahun memprotes.Baginya tiada apa yang penting melainkan mendapat kebebasan daripada terus dikongkong oleh Inggeris.
Bunyi orang memberi salam dijawab mak yang berada di ruang tamu.Milah hanya termenung sambil tangannya membelai kucing kesayangannya,Montel.
Mak terus masuk ke bilik setelah Pak Samad,ketua kampung yang paling dihormati penduduk itu pulang.
Milah lantas bertanya kepada mak. “Mak,apa halnya Pak Samad datang tadi?” kata Milah sambil menjenguk dimuka pintu.
Mak tidak terus menjawab.Dia asyik melipat kain.Milah tidak sabar lalu bertanya lagi,seperti mendesak.
      “Ish kamu ni.Pak Samad beritahu minggu depan ada mesyuarat “
      “Mesyuarat apa?”
      “Mesyuarat bersama wakil rakyat dan lain-lain,kamu mahu ikut sekali?”
Milah berfikir sejenak.
      “Milah mahu ikut!”putus Milah akhirnya.
Suasana dewan hari itu sungguh hangat,Milah melihat ramai orang yang hadir termasuk ketua kampung dan beberapa orang yang dikenalinya.Mak duduk dikerusi yang disediakan.Sebagai isteri kepada wakil UMNO,mak tidak pernah terlepas dari menghadiri apa-apa majlis atau perhimpunan.Walaupun ayah sudah meninggal,mak masih ingat amanat ayah supaya mengambil tahu akan hal politik.Dato’ Onn Jaafar selaku presiden UMNO membuat ucapan dan ulasan beliau tentang hasrat menuntut kemerdekaan.Milah kagum dan semangatnya berkobar-kobar.
      “Mak,mahukah Inggeris memberi kemerdekaan kepada Negara kita?”tanya Milah semasa perjalanan pulang ke rumah.
      “ InsyaAllah,segala usaha murni pemimpin-pemimpin kita pasti tercapai.Bersabarlah dan banyakkan berdoa.”jawab mak.
Sekian lama tiada khabar berita,Milah keluar ke pekan membeli surat khabar.Pesanan mak agar berhati-hati tersemat dalam hatinya.Milah sampai di pekan dengan selamatnya.
Setibanya Milah di kedai,terus dia mendapatkan akhbar Warta Malaya.Milah membaca sejenak.Lalu terus berlari pulang dan memberitahu maknya tentang berita gembira yang dibacanya,
      “Assalamualaikum,mak!!”
      “Wa’alaikumussalam..kamu kenapa Milah?termengah-mengah ni.”
      “Lihat ni mak.Keputusan British memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu telah dipersetujui oleh Ratu Elizabeth ii dan pemasyhuran tarikh kemerdekaan akan dibuat pada tanggal 21 Febuari 1956”,baca Milah.
      “Alhamdulillah”,mak berkata tenang.
Sedangkan Milah masih terlompat-lompat keriangan.
      “Minggu hadapan mak”,jawab Milah riang.
Pemasyhuran tarikh kemerdekaan melambangkan kejayaan negara dalam mendapatkan kebebasan.Perarakan konvoi bermotosikal mengiringi Pemimpin-pemimpin di Bandar Hilir,Melaka.Tunku Abdul Rahman dan Datuk Panglima Bukit Gantang antara yang memberi ucapan pada hari itu.Akhirnya persetujuan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu diputuskan pada tarikh 31 Ogos.Milah semakin gembira dan bersyukur.Milah seperti tidak senang duduk.Dia tidak sabar untuk bersama-sama menunggu hari bersejarah tersebut.
      “Mak,cepat mak.Nanti terlewat” gesa Milah.
      “Iya,iya.Tak lari gunung dikejar Milah oi”jawab Mak.
      “Bukan pasal lari atau tak mak.Milah tak mahu terlepas menyaksikan hari kemerdekaan buat pertama kalinya.Bukankah hari ini hari dalam sejarah?”seloroh Milah.
Sampai di Stadium Merdeka,tempat berlangsungnya detik bersejarah bagi seluruh rakyat Tanah Melayu membuatkan Milah semakin teruja.Orang ramai berpusu-pusu hadir,Milah berhimpit-himpit ingin mendapatkan pemandangan yang paling jelas.Meskipun berasak-asak Milah akhirnya berjaya mendapat tempat yang paling hadapan.
      “Ramainya orang,” keluh Milah.
Hujan pada pagi itu menyebabkan Raja-raja Melayu,Duke bersama isterinya serta Pesuruhjaya Tinggi hadir lewat 1 jam.Milah masih sabar menunggu.Tidak lama selepas itu Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu dengan segak menerima ketibaan Duke of Gloucester yang diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British iaitu Sir Donald McGillivray.Yang dipertuan Agong duduk ditengah-tengah,disebelah kanannya Tunku manakala Duke  sebelah kirinya.
Orang ramai diam ketika menyaksikan Duke menyerahkan Instrumen Kemerdekaan.Tunku kemudian membacakan pengistiharaan Kemerdekaan.Berderau darah Milah apabila laungan Merdeka! diulang 7 kali disambut orang ramai.Mak disebelah tidak dapat menahan rasa terharunya menitiskan air mata.Milah dengan rasa bangga berdiri sambil menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat.Hari itu merupakan hari yang paaling bermakna buat seluruh masyarakat Tanah Melayu yang kini menjadi negara yang merdeka dan demokratik.
      “Nenek,awalnya bangun?Nenek termenungkan apa?” suara Siti cucu Milah bertanya.
     “Eh Siti,nenek teringat masa nenek dengan moyang kamu dahulu menyambut merdeka.Syukur alhamdulillah sekarang negara kita masih merdeka dan aman.” Jawab Milah.
      “Oh,betul tu nek.Semuanya atas jasa pemimpin kita yang dulu.”
      “Siti bila nak pergi sekolah?Hari ini kata ada sambutan hari merdeka di sekolah?
      “Ya,Siti nak pergi dah ni.Siti pergi dululah nek.” kata Siti sambil mencium tangan Milah.
      “Hati-hati.” Pesan Milah.


Nor Dyana Shafinaz Binti Othman
5 Sejahtera