Sunday, 13 March 2011
Cerita Seorang Gadis Yang Sadis
Bermula sebuah cerita,pada suatu hari.Hadir seorang lelaki menyapa.Elok rupanya,ramah pula tutur katanya.LEMBUT GIGI DARI LIDAH.Lalu percayalah gadis itu terhadap sang jejaka.Kononnya,cinta pandang pertama.Dan bersamalah mereka seperti belangkas.BAGAI CINCIN DAN PERMATA.Indahnya terasa dunia.Orang kata jangan,dia mahu juga.Dasar kepala batu,hati batu.Fikirnya TANDUK BERSENDI DAGING,manalah tahu dialah orangnya.Rupanya silap,dasar LIDAH BERCABANG.Pandai pula BERMUKA-MUKA.HABIS MADU,SEPAH DIBUANG.BUNGA MEKAR DIPAKAI,LAYU DIBUANG.Dan hancurlah hati gadis itu ibarat KACA TERHEMPAS KE BATU.Benarlah orang kata,EMBUN DIHUJUNG RUMPUT.Apalah gunanya,menagih kasih,IBARAT HUJAN JATUH KE PASIR.Akhirnya AYAM DISAMBAR HELANG,dia pula yang kecundang.Tinggallah gadis itu sendirian,terkapai-kapai.MENUNGGU BUAH YANG TAK AKAN GUGUR,BAGAI PUNGGUK RINDUKAN BULAN.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment